Cara Mudah Mendidik Si Kecil Mendekati Allah



ads2

Mendidik anak kecil bukanlah mudah. Mereka biasanya sangat suka bertanya dan meniru setiap perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa.
Bakhil
Mendidik anak kecil perlukan kesabaran yang tinggi ibu bapa dan penjaga. [Tubasa]
Pendidikan kanak-kanak untuk mendekati Allah ini seharusnya dimulakan dari rumah lagi, dan bukan diletakkan sepenuhnya di atas bahu guru tadika atau ustaz ustazah di sekolah. Hanya ibu bapa sahaja yang mengenali karakter anak-anak mereka.
“Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu.”Riwayat Baihaqi dan Tabrani
Gunakan cara yang kreatif dan sertakan dengan doa agar usaha kita dipermudahkan oleh-Nya.Senario yang disertakan ini adalah yang dilalui oleh kebanyakan ibu bapa pada hari ini.

#1 – “Mama, Allah Mana?”

Kanak-kanak sering ingin tahu di mana Allah. Mereka membayangkan Allah berada di atas langit sana.
Adik : Mama, Allah mana?
Mama : OK. Adik rasa Mama sayang adik tak?
Adik : Sayang.
Mama : Adik nampak ke love-love-love (buat gaya love dengan tangan) terkeluar dari badan Mama?
Adik : Tak nampak tapi Adik tahulah.
Mama : Macamana Adik tahu?
Adik : Mama sayang Adik. Belikan Adik hadiah. Bawa Adik jalan-jalan.
Mama : Allah macam tu lah sayang. Allah ada di mana-mana. Kita tak dapat tengok Allah tapi kita tahu Allah sayang kita kan. Allah hantar Mama dan Papa jaga adik, Atuk dan Nenek dan semua orang sayang Adik. Allah sayang Adik tak?
Adik : Allah sayang Adik, Mama!
Doa agar diberi anak yang baik:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah Al-Imran: 38)
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. (Surah Al-Imran: 38)

#2 – Sewaktu Di Taman

Ibu bapa yang membawa anak beriadah di taman rekreasi boleh memberitahu mereka bahawa daun-daun di pohon sentiasa berzikir mengingati Allah. Mereka pasti akan bertanya kenapa? Terangkan bahawa pohon juga tahu berterima kasih kepada Allah yang memberi hujan ke atas mereka.
Anak kecil
Selitkan penerangan sifat Tuhan apabila berinteraksi dengan anak kecil. [Colton]
Tiada orang yang sanggup menyiram semua pokok di taman. Pokok pun tahu menyayangi Allah, apatah lagi kita manusia yang diberikan kaki untuk berlari dan bergembira di taman seperti ini. Cakap bersama mereka, “Subhanallah. Baiknya Allah! Sayangkan taman dan juga kami semua!”.
“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.”Riwayat Imam Muslim

#3 – Sewaktu Mencari Parkir

Kebiasaannya di hujung minggu, ibubapa ada meluangkan masa membawa anak-anak ke kompleks membeli-belah. Keadaan parkir biasanya penuh kerana hujung minggu. Anak kecil biasanya kurang sabar untuk keluar dari kenderaan kerana suasana yang malap dan membosankan.
Masuk sahaja ke kawasan parking, minta mereka untuk berdoa kepada Allah. Ajarkan mereka ayatnya. “Ya Allah, cepatkanlah Papa boleh parking kereta. Adik nak berjalan-jalan dengan Mama dan Papa”. Parking biasanya akan ditemui juga nanti, walaupun lambat.
Bila berjaya beritahu mereka, “Oh doa Adik telah dijawab Allah. Nasib Adik berdoa kalau tak mesti tak dapat parking. Allah sayangkan Adik!” Biasakan mereka merasa bangga dengan doa itu. Mereka akan selalu berdoa jika tahu doa mereka didengar.
Doa diberikan zuriat yang menyenangkan hati:
 
furqan 74
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Surah Al-Furqan: 74)

#4 – Sewaktu Meminta Sesuatu

Kanak-kanak biasanya suka meminta dibelikan sesuatu. Sekiranya mereka meminta sesuatu daripada anda, biasakan mereka untuk berdoa dan bercerita kepada Allah. Contohnya, “Ya Allah, Adik nak beli patung Frozen. Adik teringin sangat. Tolonglah Ya Allah”.
Beritahu juga Allah akan menilai perbuatan baik yang dilakukannya. Setiap kali anda berkesempatan memberikan sesuatu seperti makanan kegemaran atau permainan yang diminta, katakan “Allah hantar hadiah untuk Adik. Allah makbulkan doa Adik. Allah sayang sangat pada Adik.”.
Puji usaha yang dibuatnya walaupun kecil seperti memakai pakaian sendiri, ucap salam kepada yang tua, yang menjadi penyebab doanya diterima Allah. Bayangkan jika seorang kanak-kanak sering menerima hadiah dari Allah. Hatinya pasti berbunga-bunga untuk lebih menyayangi dan mengenali Allah.
“Berdoalah kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah s.w.t tidak akan memperkenankan doa dari hati orang yang lalai dan lengah”.
Riwayat Abi Hurairah.

#5 – Sewaktu Meminta Bersolat

Bagi anak yang mencapai umur 7 tahun, kita harus mula mengajarnya untuk bersolat. Pada peringkat umur ini, mereka biasanya sedikit playful dan mudah lalai. Guna ayat menyuruh yang lembut seperti, “Abang dah doakan Mama sayang? Siapa lagi nak doakan Mama. Solat Abang aje boleh kirim pahala kat Mama”.
Anak Kecil Solat
Ibu bapa perlu gunakan kasih-sayang untuk meminta mereka bersolat. [Aremal]
Gunakan kasih-sayang dan minta belas-kasihan untuk meminta mereka bersolat. Elakkan memarahi dengan kata-kata negatif seperti, “Kenap tak solat lagi? Nak masuk neraka?”. Kata-kata seperti ini akan menyebabkan mereka rasa solat itu begitu menyusahkan. Mereka menyayangi anda. Jadi biarkan mereka solat untuk menghantar hadiah kepada anda. Beritahu mereka itu adalah hadiah yang paling anda gemari di dunia ini, dan juga di sana nanti.
Doa agar anak tetap mengerjakan solat:
 
ibrahim 41
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” (Surah Ibrahim: 41)

 
Jiwa kanak-kanak adalah sangat bersih, suci dan murni. Tanamkan asas yang kukuh tentang Islam Itu Mudah dan keperluan untuk sentiasa berdoa kepada Allah. Beri kefahaman sepenuhnya bahawa jika mereka menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga mereka.
Kita memang tidak akan dapat mengejar perkembangan teknologi di zaman mereka, tetapi yakinlah dengan pencetus teknologi itu iaitu Allah s.w.t.
“Tiga doa yang paling mustajab yang tidak ada keraguan lagi baginya, iaitu doa orang yang dianiaya, doa orang musafir atau dalam perjalanan dan doa ibu bapa ke atas anaknya”.Riwayat Tarmizi
Semoga amanah ini akan kita jaga sebaiknya sebagai saham di akhirat kelak


ads1




loading...

0 Response to "Cara Mudah Mendidik Si Kecil Mendekati Allah"

Post a Comment